Wednesday, October 19, 2011

INTRODUKSI

Selamat singgah kepada semua yang sudi melawat blog yang diberi nama Cerita Rasa ini. tidak kisah singgahan itu secara disengajakan atau secara tidak sengaja. terima kasih diucapkan ikhlas. Terlebih dahulu nak menyampaikan bahawa tujuan blog ini dihasilkan untuk salah satu tugasan subjek pilihan bebas yang didaftar untuk semester ini di Universiti Kebangsaan Malaysia. subjek yang dimaksudkan Penulisan Kreatif.

Saya memang suka menulis. malah pernah ada blog sebelum ini. tapi menulis merapu saya mampu. hendak menulis secara serius. saya serabut. hendak memulakan picitan pertama ke papan kekunci pun kelam kabut. Mohon kemaafan daripada pensyarah, Prof. Madya Dr. Mawar Safei di atas kelewatan memulakan tulisan di blog ini.

Sedikit info berkaitan blog ini. tema yang hendak disampaikan dalam penulisan blog ini adalah Makanan atau Masakan. harapan penulisan dalam Cerita rasa ini sedikit sebanyak dapat memberi sesuatu kepada yang sudi membaca. susun sepuluh jari mohon ampun di atas segala kekurangan penulisan saya nanti. sebarang cadangan atau komen dari pembaca sekalian sangat dialu-alukan.

Memang blog ini dihasilkan untuk tujuan pemarkahan. tetapi rasa berniat bukan setakat menulis sepanjang tempoh mengambil subjek penulisan kreatif sahaja. tetapi ingin meneruskan penulisan di blog ini selama mungkin. kerana saya telah mencabar diri sendiri untuk mempertingkatan penulisan sendiri. bukan setakat menulis merapu sahaja. malahan dapat mempelbagaikan gaya menulis kelak. dan mampu menulis dengan lebih baik pada masa akan datang.

Akhir kata. hati rasa sangat bertuah kerana dapat berada dalam kelas yang dibimbing penulis terkenal. selaku pensyarah, Prof. Madya Dr. Mawar Safei. terima kasih sekali lagi. walaupun ia lari daripada bidang asal saya (jurusan Ekonomi). namun saya berharap mampu buat yang terbaik. dan tidak sia-siakan peluang yang ada ini untuk belajar bagaimana saya hendak menulis. sekian.



Menulis entri sambil ditemani aroma Nescafe buatan sendiri. lazat.