Showing posts with label TEMPATAN. Show all posts
Showing posts with label TEMPATAN. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

OH NASI LEMAK

Pagi-pagi buta. ketika matahari masih lena. burung-burung juga masih tidak bersuara. tiba-tiba bayangan nasi lemak muncul di minda. alamak! terlapar la pulak. lidah aku masih cam rasa nasi lemak yang aku jamu masa kenduri akad nikah sahabat karib beberapa minggu lepas. Nasi lemak disaji petang akad nikah. kenduri nasi minyak keesokan harinya pula. memang dua hari itu aku menjalani proses menternak lemak.



Nasi lemak layan sendiri. memang terlayan sungguh perut aku hari itu kerana tangan-tangan aku mengenal sangat akan nafsu perut ku. tidak kecewa dengan lauk-pauk yang diambilnya.

Ayuh sarapan. Selamat Pagi Jumaat.

Wednesday, November 30, 2011

BURGER MINI MALAYSIA


Burger Mini Malaysia

Pernah makan "Burger Mini Malaysia"? ada yang memanggilnya pau sambal. aku amat gemar akan kuih ini sejak kecil lagi. harganya juga murah. dan mudah didapati di gerai-gerai yang menjual kuih-muih pada awal pagi.

"Burger Mini Malaysia". namanya unik sekali kan? berintikan sambal ikan bilis dan hirisan timun. baru la cita rasa Malaysia sebab ada sambal di dalamnya. Mungkin disebabkan sambal ikan bilis menjadi intinya, "Burger Mini Malaysia" tercipta namanya.

Sedikit info. Perkataan "Burger" merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud kepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah) yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dgn roti.

Terasa lapar pula bila memandang gambar "Burger Mini Malaysia" atau dipanggil "Pau Sambal" ni. jom makan. sekian.



sumber gambar : ceriteratierana