Wednesday, November 30, 2011

BURGER MINI MALAYSIA


Burger Mini Malaysia

Pernah makan "Burger Mini Malaysia"? ada yang memanggilnya pau sambal. aku amat gemar akan kuih ini sejak kecil lagi. harganya juga murah. dan mudah didapati di gerai-gerai yang menjual kuih-muih pada awal pagi.

"Burger Mini Malaysia". namanya unik sekali kan? berintikan sambal ikan bilis dan hirisan timun. baru la cita rasa Malaysia sebab ada sambal di dalamnya. Mungkin disebabkan sambal ikan bilis menjadi intinya, "Burger Mini Malaysia" tercipta namanya.

Sedikit info. Perkataan "Burger" merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa Inggeris yang bermaksud kepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah) yang digoreng atau dipanggang, biasanya dimakan dgn roti.

Terasa lapar pula bila memandang gambar "Burger Mini Malaysia" atau dipanggil "Pau Sambal" ni. jom makan. sekian.



sumber gambar : ceriteratierana

2 comments:

aisya said...

Aran..
favourite tu.. kalau kat tempat sy orang panggil kuih doraemon.. maybe sebab nampak macam dorayaki kot..

aRaN said...

@aisya hahaha comel ja nama kuih doraemon :)