Monday, November 28, 2011

PERIGI YANG HILANG

Tiba-tiba mengimbau kembali masa aku masih kanak-kanak dahulu. dulu aku selalu menolong nenek aku memasak air perigi dengan kayu api. walaupun pada masa itu bekalan air bersih dari paip sudah sedia ada. begitu juga dengan sumber api, tong gas sudah tercipta. namun nenek masih memasak air minuman menggunakan air perigi. memasak di atas unggun kayu api yang dikutip dari ranting-ranting pohon yang gugur berdekatan dengan rumah nenek.

Walaupun agak susah nak memasak air perigi menggunakan kayu api mengikut peredaran zaman serba moden sekarang. tapi ternyata aku gemar minum air perigi. keenakannya dan aromanya asli. sangat berbeda rasanya kalau dibandingkan dengan sumber air paip yang dimasak dengan api gas.

Masa itu. setiap kali aku mahu kembali ke rumah setelah menghabiskan cuti sekolah di rumah nenek. sering kali aku membawa bekalan air perigi yang sudah dimasak dari rumah nenek. aku suka air perigi yang dimasak dengan kayu api. semulajadi baunya. sedap walaupun hanya air kosong.

Sekarang. pelbagai jenis alat penapis air terdapat di pasaran. kadang-kala harganya mencecah ribuan ringgit. bagi aku. hasil airnya masih tidak dapat melawan keenakan aroma air perigi yang asli.

Lama-kelamaan fungsi perigi semakin dilupakan. semakin pupus dek kerana kemajuan teknologi. sumber bekalan air bersih sudah luas disediakan. tak kira di bandar mahupun kampung. banyak perigi yang sudah tertimbus. ada juga yang sudah dijadikan tempat pembuangan sampah. yang tinggal pula sudah kotor dengan air kumbahan.

Semakin hari. semakin hilang fungsi perigi. namun aku masih tidak dapat melupakan aroma keenakan air perigi. akan aku usahakan untuk dapat merasa aroma keenakan air perigi yang asli lagi kelak. sekian.




masih kenal perigi?


No comments: