Tuesday, November 29, 2011

MANIS BUNGA JARUM


Bunga Jarum

Bunga jarum sangat sinonim dengan masyarakat kita. subur ditanam di negara yang menerima hujan sepanjang tahun. agak mudah dijumpai. tidak kira di bandar mahupun desa. alasan ditanam mungkin untuk mengindahkan permandangan halaman rumah.

Tetapi kenangan aku dengan bunga jarum istimewa nostalgianya. semasa masih kanak-kanak dahulu. aku suka petik bunganya. ditarik jarum dalam bunga ini. kemudian sedut cecair manis yang keluar. ada yang manis. ada juga yang kurang manis.

Jika mahu membezakan pokok bunga jarum itu manis atau tidak. cuba lihat pada jumlah bunganya. kalau manis mesti sedikit tinggal jumlah bunganya. kerana asyik dipetik dengan kanak-kanak yang gemar dengan manis bunga jarum. kelakar pula rasa bila terkenang pokok bunga jarum yang botak bunganya dan hanya tinggal dedaun saja setelah selalu dipetik kerana manisnya.

Rasa-rasanya kegemaran memetik bunga jarum kerana cecair manisnya belum pupus. sering-kali aku masih dapat melihat kanak-kanak yang berbuat begitu. kamu pula bagaimana? pernah rasa manis bunga jarum? sekian.

6 comments:

Mohd K. Anuar said...

sudah tentu pernah.

aRaN said...

alamak. segan la hahaha

Liyana Lunia said...

kenangan terindah ni ! heeeeeeeee

aRaN said...

@Liyana Lunia :)

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Hahaha...klu xde gula kat umah aq tibai je amik manis bunga 2 hohoho..

cik cakula cemekut cekelat said...

blik skola msti petik tepi jln...sedut smbil jln blik..
fuhhh...nostalgia nih...